BILA BERHADAPAN DENGAN SUAMI
(Info kali ini umi terima dari sahabat dan moga dapat dikongsi sesama muslimah untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Semoga dapat diikuti dan diamalkan kepada mana-mana muslimah yang akan bergelar isteri). InsyaAllah..1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong cakapnya.
2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.
3. Cepat bertindak ktika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.
5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.
6. Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami.
7 .Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.
8. Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.
9. Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.
10. Mesti sama-sama merasai perasaan suami; suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka, bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang, dan berhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya.
11. Memelihara maruah suami.
12. Memahami suami; jika dia pemimpin, bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. Jika suami guru, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa saja keadaan, kedudukan atau perbuatan suami.
13. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bergaduh di depan anak-anak. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah.
14. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah, agar terjalin kasih sayang kerana Allah dan mendapat zuriat yang banyak dan baik.
15.Hendaklah sentiasa bersikap malu kepada suami.
16. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.
17. Merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah).
18. Selalu bersikap belas kasihan serta merasa takut kepada suami dan sentiasa berasa diri kita yang bersalah.
19. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah SWT membenci seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suaminya, sedang ia memang memerlukan suaminya.’’
No comments:
Post a Comment