Wednesday, May 19, 2010

Seksa Neraka Bukan Kepalang

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulahseterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan brsungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.

Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Mengapa Amal Ibadat Ditolak

(Assalamualaikum para sahabat pembaca.....begitu lama umi tak masukkan bahan....masa agak terbatas...di sini umi postkan kiriman dari sahabat umi yang begitu bermanfaat untuk kita semua hayati..mudah-mudahan kita semua muhasabah diri sendiri tentang amalan harian kita. Diterma atau sebaliknya)

Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

[1] Langit pertama - Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji
[2] Langit ke-2 - Bermegah dengan kebendaan - pangkat, jawatan, wang, nama, 'ilmu dan sebagainya
[3] Langit ke-3 - Takabbur - seorang yang sombong, bongkak, merendahkan orang lain
[4] Langit ke-4 - 'Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri
[5] Langit ke-5 - Hasad dengki - seorang yang hasad, dengki, cemburu kejayaan orang, iri hati dan sebagainya
[6] Langit ke-6 - Tidak bersifat rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk
[7] Langit ke-7 - Riak - seorang yang suka memperlihatkan 'amal, menunjuk-nunjuk, mencari pujian manusia

Setelah pahala 'amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di 7 lapisan langit tersebut, maka pahala 'amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt. Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat "Kamu semua penjaga 'amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu. Sebenarnya 'amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata, maka aku laknatkan ke atasnya". Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk 7 petala langit dan bumi serta segala isinya.

Pengajaran

Kesemua tujuh sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala 'amalan kita dengan cara sentiasa mencari 'ilmu dan beristighfar di samping berdoa.
Renungkan selama ini, setakat langit ke berapakah atau banyak manakah pahala 'amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit dan yang telah berjaya dibawa menghadap Allah swt.

Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila mengenang pesanan Nabi saw ini, di manakah dan bagaimanakah kedudukan kita di hadapan Allah swt?. Janganlah kita mensia-siakan pahala 'amalan yang kita lakukan dengan sifat-sifat negatif di atas.

Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan 'amalan kita sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.

Sama ada susah atau senang, berat atau ringan, suka atau tidak itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah swt, namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.

Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.