Monday, January 11, 2010

WASIAT RASUL KEPADA SAIDINA ALI R.A.


Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,
Bagi orang yang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram,
Merendahkan diri.


Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda-tandanya:
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan,
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,
Bagi orang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:
Merahsiakan ibadahnya,
Merahsiakan sedekahnya,
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,
Bagi ahliibadah ada tiga tanda-tandanya:
Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.