TAKRIF KETULENANKetulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam
aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).Ia mengambarkan
tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam
pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak
atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai
“ assaying “ adalah penentuan kandungan logam berharga
sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah
dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam
perniagaan barang-barang logam berharga.
Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-
pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-
standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.
Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian
ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang
telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAANDi bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang
dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada
logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan
yang telah ditetapkan.

Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan
Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga
angka seperti 950, 916 ataupun 870.
Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.
Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.
Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN STANDARD KETULENANBarang-barang yang diwajibkan penandaan
Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda
dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan
SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.
Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat
dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K )
tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan
1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen
dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum
perkatan disadur ( PLATED ) perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya
sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada
barangan tersebut.
Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada
mana-mana bahagian barang-barang yang disadur.
Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan
disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAANPengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu
kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.
PNGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INIDuit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan,
pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,
Bhan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,
perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.