Thursday, January 21, 2010

RENUNGAN DI PAGI JUMAAT

"Berkata Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda .. "bahawa ketika IBLIS turun ke bumi .. ia meminta kepada ALLAH ..(dipetik dari karangan IMAM GHAZALI dalam kitab KEAJAIBAN HATI)

Kata IBLIS - Engkau telah turunkan aku ke bumi dan engkau telah jadikan aku makhluk yang terkutuk. Oleh itu .. berikanlah aku sebuah rumah .. Firman ALLAH - Rumah mu ialah tempat pemandian ..

Kata IBLIS - Buatlah aku satu majlis ..Firman ALLAH - Majlis mu ialah pasar-2 dan tempat orang berkumpul di jalan-2 ..

Kata IBLIS - Buatlah aku makanan-2 ..Firman ALLAH - Makanan mu ialah setiap yang tidak disebut padanya (bismillah) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku minuman ..Firman ALLAH - Minuman mu ialah setiap minuman yang memabukkan ..

Kata IBLIS - Buatlah aku tukang memanggil ..Firman ALLAH - Tukang memanggil mu ialah seruling (bunyian yang melalaikan) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku Al-quran ..Firman ALLAH - Al-quran mu ialah sya’ir (yang melalaikan) ..

Kata IBLIS - Buatlah aku kitab ..Firman ALLAH - Kitab mu ialah gambar-2 (lukisan) pada badan ..

Kata IBLIS - Buatlahaku Hdith ..Firman ALLAH - Hadith mu ialah orang-2 yang bercakap bohong ..

Kata IBLIS - Buatlah aku binatang buruan ..Firman ALLAH - Binatang buruan mu ialah perempuan (wanita)nauzubillah...

Monday, January 11, 2010

WASIAT RASUL KEPADA SAIDINA ALI R.A.


Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,
Bagi orang yang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram,
Merendahkan diri.


Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda-tandanya:
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan,
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,
Bagi orang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:
Merahsiakan ibadahnya,
Merahsiakan sedekahnya,
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,
Bagi ahliibadah ada tiga tanda-tandanya:
Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Thursday, January 7, 2010

TIPS UNTUK PARA ISTERI

BILA BERHADAPAN DENGAN SUAMI

(Info kali ini umi terima dari sahabat dan moga dapat dikongsi sesama muslimah untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Semoga dapat diikuti dan diamalkan kepada mana-mana muslimah yang akan bergelar isteri). InsyaAllah..

1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong cakapnya.

2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.

3. Cepat bertindak ktika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.

4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.

5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.

6. Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami.

7 .Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.

8. Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.

9. Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.

10. Mesti sama-sama merasai perasaan suami; suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka, bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang, dan berhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya.

11. Memelihara maruah suami.

12. Memahami suami; jika dia pemimpin, bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. Jika suami guru, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa saja keadaan, kedudukan atau perbuatan suami.

13. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bergaduh di depan anak-anak. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah.

14. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah, agar terjalin kasih sayang kerana Allah dan mendapat zuriat yang banyak dan baik.

15.Hendaklah sentiasa bersikap malu kepada suami.

16. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.

17. Merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah).

18. Selalu bersikap belas kasihan serta merasa takut kepada suami dan sentiasa berasa diri kita yang bersalah.

19. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah SWT membenci seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suaminya, sedang ia memang memerlukan suaminya.’’

Wednesday, January 6, 2010

KEINDAHAN ALQURAN

KEBESARAN AL QURAN

Al-Quran panduan penunjuk jalan
Sunnah rasul penerang kegelapan
Untuk kita sampai kepada Allah

Al-Quran boleh menenangkan hati
Dan melapangkan jiwa
Elok dibaca dengan adabnya dan difahami
Jika tidak bukan saja tidak dapat pahala
Berdosa pula...
Bila Al-Quran mekar di hati
Dan sunnahnya mengawal peribadi
Pasti hidup kan dirahmati
Di dunia dan akhirat

Al-quran mengandungi hikmah
Dengan keberkatannya
Sunnah rasul jadi ikutan
Jadi amalan dalam kehidupan
Tenang jiwa hidup bahagia
Itulah jaminannya


(Itulah diantara bait-bait lagu Kumpulan Inteam yang menceritakan tentang keindahan ALQuran. )


KEINDAHAN AL QURAN

Sumbangan Wahida..

Semua orang ingin mecari hiburan kerana fitrah hati suka kepada hiburan, tetapi ingat, biarlah hiburan itu bertepatan dengan kehendak Allah. Kalau kita berhibur kerana mencari keredhaan Allah, maka Allah SWT akan datang menghiburkan hati kita.

Ada orang rasa puas bila dapat menatap setiap inci berita dalam akhbar. Kalau sehari tidak dapt baca berita, terasa diri kekosongan. Tapi, cubalah kita fikir sejenak. Apakah kepuasan itu berkekalan? Apakah kepuasan itu mendorong diri untuk berbuat kebaikan? Apakah kepuasan itu dapat mendidik nafsu kita agar tunduk pada perintah Allah?.

Bagi seorang mukmin, membaca dan menghayati isi Al Quran nul Karim adalah merupakan hiburannya. Baginya, berita-berita Allah adalah lebih baik dan tidak berubah-ubah. Dari dulu sampai sekarang beritanya tetap sama. Sekali baca berita Allah terasa dapat kekuatan. Bahkan mendorong diri berbuat kebajikan. Kadang kala berita-berita Allah menekan nafsu hingga tidak sempat ia mempengaruhi hati agar berbuat kejahatan.

Bila hati ditimpa suatu kerumitan yang amat sulit untuk diungkai, ada ayat-ayat yang seolah-olah memujuk hati kita kepada suatu janji yang pasti. Firman Allah yang bermaksud:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.’’

- An Nasyrah: 5-6.


Allah mengulangi sebanyak dua kali untuk memberi keyakinan kepada manusia bahawa Dialah yang akan melapangkan segala kesulitan hamba-Nya. Apabila kita rasa jauh daripada Allah, ada ayat Allah yang mengatakan:

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’’, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kamu, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah kami dari kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami dari beserta orang-orang yang berbuat bakti’’.
- Ali Imran: 193


Seterusnya Allah berfirman lagi,

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan.’’
- Ali Imran: 195


Pernah juga dalam hidup kita, kita hampir-hampir berputus asa; apakah diri masih diterima Allah setelah banyak kemungkaran yang telah kita lakukan. Banyaknya dosa itu sehingga terasa bagaikan ada gunung yang hendak menghempap diri. Maka Allah seolah-olah berkata kepada hamba-Nya:

“Dan barang siapa yang mengerjakan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’
- An Nisa: 110.


Marilah kita ringan-ringankan hati menatap ayat-Ayat Allah ini. Mudah-mudahan di samping jiwa kita terhibur; iman pula bertambah.