Thursday, December 31, 2009

TELITILAH SEMBAHYANG KITA

PERSOALAN ibadah yang paling utama kita titikberatkan sembahyang. Ia diibaratkan tiang agama dan di akhirat kelak awal-awal lagi kita akan ditanya tentangnya sama ada telah beres atau tidak. Sekiranya kita dapat kekal menunaikan sembahyang fardhu lima waktu setiap hari, apakah kita sudah boleh berpuashati? Terjamin sembahyang kita itu diterima Allah? Sembahyang yang akan diterima ialah sembahyang yang khusyuk.

Tanda sembahyang seseorang itu diterima ialah sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah kamu daripada beruat kejahatan dan kemungkaran.’’
Al Ankabut: 20


Marilah kita muhasabah diri sendiri. Adakah sembahyang kita sudah khusyuk. Jika belum, tidak hairanlah kita masih belum lepas daripada kejahatan dan kemungkaran; lebih-lebih lagi kejahatan batin. Ini jugak bermakna sembahyang kita tidak membuahkan akhlak samada dengan Allah atau sesama manusia. Maka kita perlu serta memperkemaskinikan sembahyang kita.

Bagaimana cara atau usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Apabila mendengar seruan azan, berhentilah daripada segala kerja dan berdiam seketika untuk menyahut kalimah azan. Cuba hadirkan hati kita, rasakan bahawa azan itu seumpama seruan yang hebat pada hari pembalasan, bayangkanlah betapa dahsyatnya hari tersebut. Lalu segeralah kita sahut panggilan azan itu. Sebaik-baiknya berwuduklah sebelum azan lagi dan ketika azan kita sudah bersedia di tikar sembahyang.

Sesudah itu, bersedialah menghadap kekiblat sambil berdiri lurus seolah-olah kita sedang berhadapan dengan seorang pembesar dunia. Kalau dihadapan pembesar dunia pun kita sudah rasa malu, rasa gerun, dan rasa takut untuk tidak beradab, maka apatah lagi di hadapan Allah. Dia yang akan memerhatikan segala tingkah laku kita lagi maha mengetahui zahir batin kita.

Sekiranya hati kita masih belum khusyuk, tidak ada rasa takut dan gentar, itu tandanya nafsu kita telah menebal dan hati kita telah kotor dengan karat-karat dosa yang payah hendak dikikis. Oleh itu katakanlah pada diri:

“Wahai jiwa, tidakkah engkau malu berhadapan dengan Penciptamu? Mengapa engkau tidak mahu merendah diri di hadapan-Nya? Alangkah sombong dan tololnya engkau? Ya Allah, bukan aku tidak mahu menjadi orang yang bertaqwa, tetapi nafsuku terlalu jahat. Bantulah aku, ya Allah’’.

Kita berharap setelah puas kita mengeji diri moga-moga datang rasa takut dan malu kepada Allah. Kita bimbang kalau-kalau dimatikan ketika itu sedang Allah tidak padang dengan rahmat-Nya, tentulah kita akan rasa rugi dan menyesal tidak sudah. Mudah-mudahan setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadirkan hati, maka Allah akan campakkan rasa khusyuk itu dalam sembahyang yang hendak kita tegakkan.’’

Oleh Sirojun Munirah

Tuesday, December 22, 2009

BANYAK MAKAN MENGUATKAN NAFSU

Kelazimannya bagi meneruskan kehidupan didunia yang fana’ ini manusia memerlukan kepada makan dan minum. Justeru dengan pemakanan dan minuman ini akan memberikan kita tenaga untuk melakukan sebarang pekerjaan atau untuk aktiviti ibadah yang merupakan kewajiban bagi kita yang bernama Islam.

Allah SWT berfirman :


- Surah Al-Mukminun Ayat 51

“Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang soleh’’.

Persoalannya bagaimanakah cara makan dan minum yang dituntut oleh syariat?.

Sesungguhnya seseorang yang makan berlebihan amatlah dicela dan dimurkai oleh Allah sWT. Di dalam keterangan hadis khususnya ada mengingatkan kita beberapa bahaya orang yang kuat makan di antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang kenyang dalam tidurnya nescaya keraslah hatinya’’.

Sabdanya lagi yang bermaksud:

“Tidak memenuhi kerajaan langit siapa yang memenuhi perutnya.’’

Begitulah Rasulullah memberi peringatkan agar kita tidak melampaui batasan kerana ia mendatangkan kesan yang tidak baik untuk tubuh badan kita dan juga masyarakat sekitar kita.

Makan dan minum yang keterlaluan yang berlebihan menjadikan kita bertambah malas, badan menjadi letih, melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, serta kita mudah mengantuk kerana kekenyangan. Paling ditakuti hati menjadi keras kerana terlalu banyak makan dan minum serta kita menjadi malas untuk melakukan ibadat. Amatlah malang sekali bagi kita sekiranya perasaan malas untuk melakukan ibadat ada disebabkan terlampau kenyang.

Disamping menjadi malas, nafsu syahwat menjadi lebih subur dan kuat serta mendorong seseorang itu melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik serta lebih cenderung ke arah maksiat. Hati sentiasa digoda dan didorong idea yang tidak baik oleh syaitan agar menjerumuskan diri ke lembah kemaksiatan.

Hal ini pernah diceritakan oleh Lukman Al Hakim kepada anaknya:

“Wahai anakku! Jika perut menjadi penuh, fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan menjadi bisu dan seluruh anggota malas untuk beribadah’’.
Seseorang yang terlampau kenyang boleh mendorong mereka melakukan kerja-kerja yang menyalahi hukum-hukum agama tetapi malas untuk melakukan ibadat. Inilah kebimbangan yang Rasulullah rasakan. Rasulullah sendiri makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, juga Rasulullah sentiasa melaparkan perutnya untuk menundukkan nafsu makan yang keji itu.

Untuk membolehkan kita tekun beribadah dan meninggalkan maksiat sebaik-baiknya kita melaparkan perut sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Semulia-mulia kamu kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah yang paling lama berlapar dan bertafakur tentang Allah, dan yang paling dibenci antara kamu di sisi Allah pada hari kiamat ialah yang paling banyak tidur, banyak makan dan minum.’’

Penawar bagi orang makan ialah dengan banyak berlapar kerana dengan itu dapat menjadi manusia yang taat kepada perintah Allah dan menjauhi segala rupa bentuk kejahatan dan maksiat.

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin diterangkan tentang faedah orang yang berlapar iaitu

Kejernihan hati, menyalakan bakat dan menajamkan bashirah. Kenyang menyebabkan kebodohan, membutakan hati, membanyak kabus dalam otak dan menjadikannya separuh mabuk hingga meliputi sumber-sumber fikiran menyebabkan hati berat mengalirkan perasaannya di dalam fikiran dan untuk menangkap dengan cepat. Abu Sulaiman AdDrani berkata:”Hendaklah engkau berlapar kerana ia menundukkan nafsu dan melembutkan hati dan mewariskan ilmu dari langit.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Hidupkanlah hati kamu dengan kurang ketawa dan kurang kenyang, dan sucikanlah ia dengan berlapar nescaya ia jernih dan lembut.’’

Dan lagi sabdanya:
Barangsiapa melaparkan perutnya nescaya besar fikirannya dan bijaksana hatinya.’’

“Sesungguhnya segala sesuatu itu ada zakatnya dan zakat tubuh badan ialah berlapar’’
.

Abu Yazid Al-Busthami berkata,
“lapar itu adalah seumpama awan, jika seorang hamba Allah merasa lapar nescaya hatinya menghujankan hikmah.’’

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Cahaya hikmah ialah lapar, dan kejahatan dari Allah ‘azza wajalla ialah kenyang, dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin serta mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu. Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan nescaya bidadari tidur di sekelilingnya sehingga ke pagi.

Menundukkan nafsu serta menghilangkan perasaan bangga yang menjadi sumber kejahatan dan kelalaian dari mengingati Allah SWT. Nafsu tidak akan pecah berkecai dan tidak akan tunduk melainkan dengan kelaparan. Ketika lapar ia menjadi tenang menghadap Tuhannya dan terus menjadi lemah dan tunduk disebabkan tidak dapat menjamah makanan. Perut dan kemaluan adalah suatu daripada pintu-pintu neraka dan puncanya ialah kekenyangan. Menundukkan nafsu itu ialah satu daripada pintu-pintu syurga dan puncanya ialah berlapar.

Sesungguhnya orang yang kenyang itu selalunya lupakan orang yang lapar dan lupakan kelaparan. Hamba Allah yang bijaksana apabila menyaksikan sesuatu dugaan yang menimpa orang lain lantas ia teringat dugaan di hari akhirat, dan dengan dahaganya ia teringat akan kedahagaan makhluk di padang masyar, yang mana kelaparannya akan mengingatkan kelaparan orang-orang yang masuk neraka diberi makan kayu berduri dan buah zaqqum.

Sebesar-besar faedah dari berlapar ialah melemahkan setiap shahwat dan tenaga. Kerana sumber segala raja maksiat ialah kekuatan nafsu syahwat. Bahan tenaga kekuatan dan nafsu syahwat tentulah bermula dari makanan-makanan. Dan berkata Zun-Nun Al Misri: “Aku tidak pernah kenyang, kerana kalau kenyang aku melakukan maksiat.’’

Dengan berlapar jugak mengelakkan tidur dan sentiasa berjaga malam. Banyak tidur seperti mensia-siakan umur dan kehilangan sembahyang tahajjud dan mengeraskan hati. Secara tidak langsung tidur bererti mati dan perbuatan membanyakkannya bererti mengurangkan umur.

Makan sedikit amatlah berfaedah untuk kesihatan kerana setiap penyakit itu bermula dari perut.

Membolehkan seseorang itu mengingati akan anak-anak yatim serta bersedekah kepada mereka dengan makanan-makanan yang lebih dari yang diperlukan. Dan pada hari kiamat kelak ia berada di bawah lindungan bayang-bayang sedekahnya. Bersedekahlah dengan makanan-makanan yang lebih adalah lebih baik daripada menjadi gemuk dan kenyang.


Sumber: dari PENAWAR BAGI HATI

Monday, December 14, 2009

Kata-kata hikmah orang-orang soleh - Imam AlGhazali



Tanda-tanda bahawa seorang hamba (manusia) itu mencintai Allah swt antaranya ialah:

a.
Ia ingin berjumpa dengan siapa yang dicintaiNya. Keinginannya itu kuat sekali untuk berjumpa, sehingga jika ia yakin bahawa tiada jalan untuk itu kecuali dengan meninggalkan dunia ini, tentulah ia tidak keberatan.
b.
Ia bersedia meninggalkan segala yang disukainya jika bertentangan dengan perintah Allah.
c.
Ia mencintai Al-Quran (kitab sucinya), ia mencinta Rasulullah (pesuruhNya), mencintai apa saja dan siapa yang ada hubungannya dengan dia. Barangsiapa cinta kepada Allah, tentulah ia cinta kepada makhlukNya.
d.
Suka bermunajat dan berbisik-bisik denganNya, dikeheningan malam diambilnya kesempatan untuk solat tahajjud.
e.
Ia sangat merasa sayang kalau dalam hidupnya ada sesaat yang tidak terisi dengan zikir (ingat) atau taat kepadaNya.
f.
Taat kepadaNya itu dirasakan sebagai nikmat. Setiap orang yang asyik tidak akan merasa berat berbuat apa saja.
g.
Ia merasa kasih sayang kepada sekelian hamba Allah, tetapi keras terhadap musuh-musuhnya.
h.
Dalam cintanya itu ia merasa takut dan merasa dirinya rendah kerana hormat dan takzimnya. Takut di sini tidak bertentangan dengan cinta. Insaf akan kebesaran Allah itu menumbuhkan rasa ngeri. Berhadapan dengan keindahanNya dan kesempurnaanNya itu mendatangkan cinta.
i.
Ia merahsiakan cintanya, iaitu kerana takzim akan yang dicintanya, kerana memuliakanNya, kerana haibah kepadaNya.
j.
Merasa ramah dan gembira dalam bergaul dan berdekatanNya.
h.
Rela dan menerima dengan segala senang hati semua sesuatu yang datang daripadaNya.


petikan dari PENAWAR BAGI HATI..

Thursday, December 10, 2009

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Info ini umi kongsikan dari email yang diberi oleh sahabat umi....mudah mudahan kita semua mendapat kebaikannya...


 Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Jauhkan dari memberi atau menerima rasuah, sama ada dari bawah, atas meja, bawah atau dari atas kerusi. Amalan memakan makanan dari tukang masak yang tidak mengerjakan solat juga boleh menggelapkan hati…

 Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

 Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Selain dari itu menampakkan pandangan tidak sopan.

 Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. Selain menambahkan ketakwaan kita kepada Allah, dengan melakukan amalan berpuasa sunat ini boleh mengelakkan diri kita dari melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah SWT.

 Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. Memakan makanan yang terlalu panas juga adalah makruh.

 Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Digalakkan tukar cara masakan kepada rebusan atau kukus.

 Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. Makanan yang mengandungi garam kandungan garam yang tinggi telah menghilangkan rasa manis makanan itu sendiri.

 Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

 Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

 Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi .

 Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

 Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

Marilah sama-sama kita mengamalkan cara2 pemakanan di atas, mudah-mudahan kita boleh terhindar dari segala jenis penyakit kronik. Paling penting kita dapat melakukan ibadat kepada Allah tanpa sebarangan halangan.

Wednesday, December 9, 2009

HADIS QUDSI


Hadis 1

Allah SWT berfirman:
“Wahai sekelian manusia. Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.’’

“Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia msaih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih.’’

“Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilaluinya seorang diri, dihisab seorang diri, tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia. Tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Ku.’’

Hadis 2

Allah SWT berfirman:
“Diri-Ku menyaksikan diri-Ku sendiri bahawa tidak ada tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku; Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Ku. Sesiapa yang tidak rela dengan ketetapan-Ku, tidak sabar atas cubaan-Ku, tidak bersyukur atas nikmat-Ku dan tidak merasa cukup atas pemberian-Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain-Ku.’’

“Oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-Ku; sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia ia telah menyakiti Aku; sesiapa menemui orang kaya lalu ia merendah diri dihadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya ia telah hilang dua pertiga agamanya; dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya dihadapan orang mati, maka seolah-olah ia telah mengambil tombak dan menghunjamkannya kepada-Ku’ dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu kaabah-Ku dengan tangannya.’’

“Dan sesiapa tidak peduli dari sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah masukkannya ke dalam Jahanam; dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman) maka sebenarnya ia semakin berkurang; dan sesiapa yang terus menerus merosot dan berkurang, maka mati adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, Allah akan memberikannya ilmu yang belum pernah diketahuinya; dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalnya.’’

[Dipetik dari kitab Nasihat dan Bimbingan Hadis Qudsi oleh Imam Al-Ghazali…dimuatkan dalam Risalah Masjid ManBaeil Ulom.)


Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan pengajaran yang berguna dariNya.

Tuesday, November 24, 2009

(Agak lama tak membelek email...dan ada antaranya tak sempat dibaca...jadi disini umi paparkan email yang telah difwdkan oleh adik umi.Ina Zarena..mudahan2 kita akan mendapat manfaat sekaligus dapat menambah ilmu kita).

KATA-KATA HIKMAH

Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda. 2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Friday, November 6, 2009

DOA TAUBAT SALAFUSSOLEH


Taubat wajib bagi seorang hamba untuk keredhaan Tuhannya.
Orang mukmin itu adalah orang yang sentiasa takut pada dosa-dosanya.
Walaupun kecil, dirasakan seperti gunung yang akan
menghempapnya.Hatinya terlalu takut dengan Allah,
takut dimurkai Allah.

Sebagaimana berlaku pada Sayidina Umar, sebelum tidur beliau akan
mengkoreksi dirinya. Jika ada dosa dan kesalahan yang telah
dilakukannya sepanjang hari itu, beliau akan memukul dirinya
hingga calar-balar.Selepas itu dia menangis semahu-mahunya
kerana mengharapkan ampunan Allah.

Pernah berlaku di zaman Rasulullah, seorang sahabat telah pergi ke
medan perang dan meminta sahabat yang tinggal agar menjaga
isterinya.Sahabat yang diberi amanah itu pun menempatkan
isteri sahabatnya bersama isterinya. Suatu hati ketika menghantar
makanan ke rumahnya,dia terserempak dengan isteri sahabatnya
itu. Peristiwa itu benar-benar membuatkan ia rasa berdosa lalu ia
lari dari rumahnya.

Tidak lama kemudian, kembalilah sahabat yang pergi ke medan
perang itu lalu terus ke rumah sahabat di mana isterinya berada.
Alangkah terperanjatnya beliau setelah mengetahui apa yang
telah berlaku.Lalu keluarlah ia untuk mencari sahabatnya itu.

Setelah puas mencari akhirnya dia bertemu dengan sebuah
rumah kosong, tempat orang bermunajat. Tapi, sahabat yang dicari-
carinya itu tidak juga ditemui. Orang yang tinggal di sekitar kawasan
itu memberitahu bahawa sering kendengaran suara yang
mendayu-dayu,merayu kepada Allah mengharapkan
keampunan-Nya.

Kata-kata rayuan itulah yang dijadikan doa taubat yang
diamalkan oleh Salafussoleh dan orang-orang yang datang
kemudian.

Doa itu bermaksud:

Tuhanku, aku tidak layak masuk Syurga Firdaus;
Tetapi aku juga tidak tahan seksa neraka Jahim;
Maka terima lah Taubatku dan ampunkan dosaku;
Sesungguhnya engkau pengampun dosa-dosa besar.

Begitulah sifat orang yang bertaqwa, dengan dosa yang tidak sengaja
dirasakan terlalu berdosa dan meminta ampun sungguh-sungguh kepada
Allah. Bagaimana pula dengan dosa-dosa kita yang bertimbun serta dibuat
dengan sengaja, tidak takut akannya dan tidak bertaubat?
Marilah kita mencontohi peribadi orang-orang soleh untuk mendapat
keredhaan Allah, sekurang-kurangnya dengan mengamalkan doa taubat ini.

Doa ini jika dilagukan pasti akan menyentuh hati sesiapa saja yang
mendengarnya, apa lagi orang yang membacanya, jika difahami maksud
rintihan-rintihan yang dilagukan itu. Ia juga boleh diamalkan dengan
hanya dibaca perlahan-lahan sambil dihayati maksudnya.

Kalau kita menghayati maksud rintihan-rintihan dalam zikir ini, hati akan
tunduk mengakui kemuliaan dan kehebatan Allah. Akan terasa hinanya
diri yang kotor bersalut dosa. Hati akan takut dan gementar dengan Allah,
sedar akan diri yang tidak layak untuk ke Syurga dan menikmati
kesenangannya kerana dosa yang banyak, amalan yang sedikit, perjuangan
dan pengorbanan jauh sekali. Namun hati tetap merasa harap dengan
rahmat dan kasih sayang Allah. Hati msih mengharap belas kasihan dan
keampunan-Nya.

Seterusnya hati menjadi gementar kerana tidak sanggup menanggung
penderitaan dan azab neraka. Lantas merintih-rintih mengharapkan
agar janganlah Allah campakkan ke neraka. Hati merayu-rayu semoga
Allah bebaskan daripada belenggu dosa agar terhindar daripada azab neraka.

Banyak kelebihan dan keutamaan mengamalkan doa taubat ini.
Diriwayatkan oleh Sayidi Al Wahab Al Shaarani:

Barangsiapa amalkan membaca dua bait ini, (Ilahilas – hingga akhirnya)
pada tiap-tia- hari Jumaat, tidak syak lagi bahawa Allah SWT akan
mematikannya di dalam Islam.

Kita boleh mengalunkan doa taubat itu bila-bila masa sahaja terutamanya
setiap kali lepas sembahyang. Marilah kita jinakkan hati dengan
mengamalkan zikir ini. Sambil ungkapan-ungkapan zikir itu dialunkan,
cuba-cuba menangis agar hati yang keras dapat dijinakkan. Jika kita
bersungguh-sungguh Allah tidak akan mempersia-siakannya. Yakinlah
dengan Allah yang akan memberi kemenangan yang berupa ketenangan
ketika didunia dan Syurga di Akhirat kepada orang yang mencari
keredhaanNya.

Firman Allah yang bermaksud:

Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh maka
mereka akan masuk syurga dan tidak dianiayai sedikit pun.


Sentuhan Jemari Ummu Handalah

BERLIAN


Umur berlian yang paling muda ialah 900 tahun yang paling

tua ialah 3.2 billion tahun.

Berlian ini unik, kerana ia tidak tidak ada duanya, tiddak serupa.

Berlian mula-mula sekali di lombong di India 2800 tahun yg lalu.

Perkataan CARAT berasal dari carob tree yang mana bijinya
dijadikan sukatan tetap bagi batu permata.


Wednesday, November 4, 2009

Antara Istighfar dan Taubat Seorang Pendusta.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “barang siapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan.’’

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar menjadi kudis.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mencurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku seorang nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali.’’

Jika Nabi S.A.W yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w itu.

Bagi Nabi s.a.w yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan ‘muqorrobin’ seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan malam tahajud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh dikekalkan sudah dikira termasuk golongan ‘abrar’.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongan muqarrobin jika ibadatnya sekadar itu.

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: “Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta.’’

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat untuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Diambil dari Risalah Masjid....agar dimanfaatkan untuk semua yang sudi membacanya..

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

Thursday, October 22, 2009

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH

AL HASAN Al BAHSRI

1. Carilah manisnya amal dalam tiga perkara. Kalau kamu telah mendapatkannya, maka bergembiralah dan teruslah mencapai tujuan dan jika kamu belum mendapatkannya maka ketahuilah pintu masih tertutup rapat. Tiga perkara itu ialah:

a. ketika kamu membaca al-Quran.
b. Ketika kamu berzikir dan
c. Ketika kamu bersujud.
2. Siksa bagi orang alim itu matinya hati. Ketika beliau ditanya; bagaimana matinya hati itu?” beliau menjawab: “Mencari dunia dengan amal akhirat.’’

3. Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah. Dan kerjakanlah ibadah, tapi tidak boleh lupa pda ilmu.

4. Engkau akan mati dan semuanya akan engkau tinggalkan. Hartamu nanti akan dibahagi-bahagikan kepada ahli warismu yang akan saling cakar-mencakar termasuk kepada isterimu yang masih muda belia, ia akan kahwin lagi dengan orang lain. Jadi kekayaan itu kelak hanya menjadi milik calon suaminya yang baru.

5. Barang siapa mendoakan orang zalim agar panjang umurnya, maka ia telah mencintai maksiat kepada Allah SWT, yang terus berlangsung di muka bumi.

6. Setiap orang solat yang hatinya lalai dan lengah, maka hal yang demikian itu adalah lebih cepat mendapat siksa.

7. Memutuskan silaturahim dengan orang fasik, adalah cara mendekatkan diri kepada Allah Swt.

8. Tanda seorang muslim ialah kuat dalam memegang agama, keras hati tetapi disertai dengan lemah lembut, beriman dengan menggunakan keyakinan, berpengetahuan disertai penuh kesabaran, berfikiran panjang disertai kasih sayang, memberikan mana yang hak kepada orang lain dan mengikuti jalan yang benar, bersikap sederhana meskipun kaya, menunjukkan kebaikan (kecukupan) sekalipun dalam kekurangan (miskin), berbuat baik selagi masih berkusa melakukan, menanggung segala penderitaan dengan berusaha menghilangkannya, selalu bersabar dalam kesulitan, tidak dikuasai perasaan marah, tidak sombong, membela pada yang hak, tidak tunduk kepada nafsu syahwat, tidak tamak haloba dan bercita-cita tinggi. Ia suka menolong orang yang teraniaya, belas kasihan kepada yang lemah, tidak kedekut dan boros, tidak membazir dan tidak keterlaluan dalam menggenggam hartanya. Suka memaafkan jika dizalimi dan terhadap orang yang menyakitinya. Tabah dan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang ramai dan berkecukupan dengan sikapnya sedemikian.

9. Berjabat tangan mengeratkan rasa kasih sayang.

10. Barang siapa yang mengajakmu berlumba-lumba dengan aagma, maka turutilah dia dan barang siapa yang mengajakmu berlumba-lumba dengan dunia, maka lemparkanlah dunia itu ke lehernya.

11. Allah mengasihi kaum yang mengganggap dunia sebagai simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanat mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian mereka merasa senang dengan ringannya beban.

12. Kasihan sekali manusia yang menyukai harta, yang halalnya diperhitungkan dan haramnya diazab. Kalau yang halal diambilnya, nescaya ia diazabkan. Manusia itu berdiri sendiri (bebas) dengan hartanya dan tidak bebas dengan amal perbuatannya. Ia gembira jika malapetaka menimpa agamanya dan berduka jika malapetaka menimpa dunianya.

13. Manusia pasti mengalami tiga kerugian:
a) tidak merasa kenyang dari barang yang dikumpulkannya.
b) Tidak memperolehi apa yang diangan-angankan.
c) Tidak mendapat bekalan yang baik dari perjalanan yang ditempuhinya.

Friday, August 7, 2009

UJUB MENGUNDANG KESOMBONGAN

Tidak ada manusia yang ingin mencampakkan dirinya ke jurang neraka. Tidak ada manusia yang ingin dirinya ditimpa kehinaan. Tidak ada manusia yang seronok jika dirinya dibenci dan disisih.

Untuk menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah kehinaan, maka kita mesti berwaspada dan menjauhi segala sifat terkeji serta menghiasi diri dengan bunga-bunga mahmudah yang keharumannya dapat memberi manfaat kepada diri dan juga orang lain.

Salah satu sifat terkeji ialah ujub. Ujub ertinya hairan pada kebolehan diri membuat ibadah dan amal kebajikan. Ia rasa setiap amalan yang dilakukan adalah merupakan kehebatan dirinya. Sehingga ia lupa akan Qudrat dan Iradah Allah. Ia lupa bahawa jika tidak diizinkan Allah, manusia ini tidak berupaya melakukan apa jua amalan pun.

Orang yang dihinggapi penyakit ujub ialah suka menyanjungi diri, suka memuji dan mensucikan diri sendiri dalam segala hal. Setiap apa yang dilakukan dirasakan dirinya seorang sahaja yang benar dan betul. Sekiranya di sampingnya ada orang lain yang lebih arif daripadanya, ia enggan bertanya, enggan meminta pandangan, bimbang kalau ianya akan mencabar kedudukan dan kewibawaannya. Jauh sekali untuk mendengar nasihat dan mengambil pengajaran daripada orang lain kerana merasakan tindak tanduknya itu sudah betul dan tepat.

Jangan sekali-kali kita merasakan diri sudah baik dan sempurna serta lebih hebat daripada orang lain. Merasa diri baik, sempurna, bersih daripada dosa dan noda serta hebat dengan amalan kebajikannya, sebenarnya merosakkan hati dan menambah mazmumah.

Pernah Siti Aisyah ditanya: “Wahai Aisyah, bilakah seseorang itu menjadi jahat?’’

Siti Aisyah menjawab, “Apabila ia menyangka ia telah berbuat baik.’’

Muthrif bin Abdullah bin Asy Syukhair, seorang tabi’in, berkata: “Aku lebih menyukai bermalam dengan tidur (tidak solat malam) dan dipaginya aku menyesal, daripada aku bermalam dengan bangun berdiri (solat malam) dan pagi-pagi aku merasa ujub (hairan diri dengan solat malam).’’

Orang yang ujub sebenarnya ia lupa menyandarkan setiap perbuatan dan amalannya itu kepada Allah. Seolan-olah segala aturan hidupnya dan gerak hati untuk melakukan kebaikan, datang daripada dirinya tanpa digerakkan oleh Allah.

Sedangkan hati ini hak Allah dan Allahlah yang berkuasa membolak-balikkan hati hamba-Nya. Kalau tidak dengan taufiq dan hidayah-Nya, kita tidak mungkin dapat melakukan segala kebaikan itu.

Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja keistimewaan yang ada pada hamba-hamba-Nya sekiranya Dia kehendaki. Daripada seorang yang rajin beribadah, Allah boleh putarkan ia menjadi seorang yang rajin berbuat maksiat. Daripada seorang yang bijak, boleh menjadi bebal, bodoh dalam sekelip mata. Daripada seorang hartawan, boleh menjadi papa kedana. Daripada seorang yang berketurunan mulia dan terhormat boleh menjadi hina. Daripada seorang yang cantik, boleh buruk dan hodoh rupanya.

Maka apalah yang hendak diujudkan dengan keistimewaan dan kehebatan yang ada pada diri kerana ia sementara dan tidak kekal. Segala-galanya akan hilang bila sampai masa dan ketikanya.

Sifat ujub hanya akan membinasakan diri, maka jauhilah sejauh-jauhnya agar tidak tertipu dengan anugerah Ilahi yang sementara sebagai pinjaman itu.

Sabda Rasulullah SAW:
“Tiga perkara yang membinasakan: kikir (kedekut) yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan menghairani manusia dengan dirinya.”
- Riwayat At Tabrani.

Allah juga memberi peringatan dengan firmanNya yang bermaksud:
“Janganlah kamu melagak-lagakkan dirimu orang suci.’’
- An Najm: 32.

Untuk mengatasi diri daripada ujub bila melakukan amalan kebaikan dan kebajikan, maka hendaklah kita banyak-banyak mengucapkan:

‘’La haula wala kuwwatailla billah.”

(Tidak ada daya dan upaya aku, melainkan dengan izin Allah.)

Semoga ia mengingatkan kita bahawa kalau tidak dengan izin Allah, kita tidak akan dapat melakukan kebaikan itu. Dengan kata lain, amal kebajikan yang kita lakukan itu merupakan nikmat yang Allah kurniakan. Maka perlu apa kita merasa ujub dengannya.

Juga, untuk mengelakkan diri daripada merasa ujub, kita rasakan terlalu sedikit amal dan kebaikan yang kita lakukan berbanding dengan begitu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Ibnu Juraij mengatakan:

“Apabila kamu berbuat kebajikan maka janganlah kamu mengatakan ‘aku telah berbuat’’.
Jangan sekali-kali merasakan setiap kejayaan yang ditempuhi hasil daripada usaha diri sendiri tetapi sandarkanlah itu semua kepada Allah. Rasakanlah bahawa Allah mencurahkan nikmat yang melimpah ruah kepada kita itu kerana sifat Rahman dan Rahim yang tersedia ada pada Allah, bukan kerana kehebatan yang ada pada diri kita.

Katakanlah seorang itu telah mendapat taufiq Allah dan dapat melakukan ibadah. Tanyakan kenapa ia beribadah? Mungkin ia akan menjawab,Katakanlah seorang itu telah mendapat taufiq Allah dan dapat melakukan ibadah. Tanyakan kenapa ia beribadah? Mungkin ia akan menjawab, ‘’kerana kecintaan aku pada Allah’’.

Sudah tentulah bila kita kembalikan semua itu kepada Allah, maka lahirlah dalam hati rasa lemahnya diri, rasa kurang, rasa bergantung kepada Allah. Sifat kehambaan akan berbunga dan tumbuh di sanubari.

Akhirnya, untuk menyelamatkan diri daripada ujub, janganlah merasa cukup dan puas dengan setiap amalan, tetapi mohonlah kepada Allah agar dikurniakan hati yang ikhlas dengan amal itu dengan rasa kehambaan menebal di hati.

Friday, July 31, 2009

CINTA DI HARI TUA

Apabila seseorang wanita menjangkau usia 50 hingga 60 tahun, kedtanganhaid terhenti dan dia mula mengalami proses ketuaan. Kulit badannya akan mula mengecut, badan terasa sengal-sengal dan berbagai-bagai perasaan menghantui fikiran.

Ada pula yang merasa hilang harga diri, menjadi pemberang dan cemburu tidak bersebab. Malah sebilangan wanita cuba menafikan diri sudah tua lalu bergaya lebih daripada orang muda. Hal ini lumrah di kalangan wanita barat.

Mengapa mereka begitu ghairah mengejar kecantikan? Apakah kerana belum puas hidup dalam dunai muda di samping ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka masih mampu untuk menggoda lelaki sama seperti wanita muda lainnya. Dunia orang tua di negara barat amat mengerikan; hidup terbiar tanpa dipedulikan oleh anak-anak. Lantaran itulah ramai yang amat takut untuk menempuh alam ini sebaiknya berusaha sedaya upaya agar sentiasa cantik dan muda.

Bagi wanita beriman, tiada detik-detik hitam dalam menempuh hari tua. Mereka akan tetap kemas dan bergaya sepadan dengan usia dan tidak melampaui batas yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Jarang sekali kita dengar suami isteri bercerai disebabkan si isteri putus haid. Sebaliknya hikmah dari proses ini akan mengalihkan diri seseorang wanita daripada terus mencintai dunia kepada cintakan hari akhirat yang kekal dan abadi. Malah era ini mengingatkan mereka betapa hampirnya hari untuk mengadap Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Bukankah kami telah memberi kamu usia yang cukup, di mana setiap orang yang mahu mengingat sudah dapat mengambil peringatan dan sudah pula tiba kepada kamu orang yang memberi peringatan.’’ – Al Fathir: 37.

Bagi yang telah mendapat taufik dan hidayah, peringkat umur sebeginilah dia akan lebih cenderung untuk kembali kepada Allah Taala, melipatgandakan ibadah dan berala- kadar dengan nikmat dunia. Jiwanya akan sentiasa terdorong untuk mengerjakan kebaikan dan bertaubat daripada segala dosa.

Bagi isteri yang beriman, meskipun wajahnya tidak seayu dulu namun kesungguhan dalam melayan makan minum suami dan peralatan lainnya tetap tidak berubah. Kerana keyakinannya bahawa tugas melayan suami adalah sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Kewajipan melayan suami bukannya terhad pada waktu muda sahaja sebaliknya akan terus berlanjutan sehingga si isteri menutup mata.

Cinta sepasang suami isteri tua yang beriman amat unik sekali. Apabila lama berpisah, masing-masing akan resah gelisah. Si isteri bimbangkan kesihatan suami manakala si suami rindukan masakan isteri. Tidak hairanlah kalau suami memuji kerajinan dan keenakan masakan isteri di hadapan anak menantunya.
Jangan sedih apabila kita lebih cepat menempuh proses tua berbanding dengan lelaki. Allah itu Maha mengetahui akan sifat-sifat hambaNya. Wanita sedia maklum lemahnya, tambahan pula apabila terlalu kerap bersalin menyebabkan banyak urat di badannya yang putus dan banyak darah yang tumpah. Kesan dari itu, kesihatannya agak terjejas dan mudah di serang penyakit lemah-lemah badan, dan keupayaannya menyaingi tenaga lelaki amat terbatas sekali.

Oleh itu terimalah anugerah Allah ini dengan tangan terbuka dan jangan ditolak dengan melakukan berbagai-bagai kemungkaran. Orang tua apabila banyak buat maksiat akan dipandang hina di dunia lagi. Di akhirat kelak Allah tidak sudi memandangnya lagi. Diriwayatkan dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
“Telah berfirman Allah Taala: Demi Kemuliaan-Ku dan Kebesaran-Ku dan keperluan sekelian makhluk-Ku kepada-Ku, sesungguhnya Aku berasa malu terhadap hamba-Ku, baik lelaki atau wanita, yang telah mencapai umur tua di dalam Islam untuk Aku menyeksa mereka pula.’’

Kemudian Rasulullah SAW menangis. Lalu dikatakan kepadanya; Apa sebab engkau menangis, duhai Rasulullah? Jawab baginda: “Aku menangiskan orang tua yang Tuhan malu kepadanya, sedangkan dia tidak malu dengan Allah Taala.’’

Umur umat Nabi Muhammad SAW terlalu pendek jika dibandingkan dengan umur umat-umat lain. Pernah Rasulullah berdoa seraya bertanyakan kepada Allah SWT mengapa umur umatnya dipendekkan begitu sekali sehingga mereka tiada kesempatan untuk mempertingkatkan amal ibadah dan mengaut sebanyak-banyak pahala, di samping memperolehi darjah yang tertinggi di sisi Allah SWT.

Maka Allah menganugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW ‘lailatulqadar’ iaitu malam yang lebih utama daripada 1,000 bulan. Semoga dengan kelebihan itu menjadi pengganti kepada umur mereka yang pendek itu untuk menambah pahala serta kebajikan.

Sekali seseorang itu bangun malam dan mengerjakan ibadah pada malam lailatulqadar, seolah-olahnya di bangun beramal 83 tahun. Jadi, jika dia berjaya bangun beramal pada setiap malam tersebut selama sepuluh tahun, maka taraf ketaatannya kepada Allah sama dengan pahala orang yang beramal hampir seribu tahun lamanya. Itulah kurniaan Allah yang teramat besar kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberi kepada umat-umat lain, berkat doa dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW.

Oleh itu hargailah pemberian Allah ini dengan berbanyak-banyak mengucapkan syukur kepadaNya. Selain itu, berdoalah selalu agar kita dijauhkan daripada menjadi orang tua yang nyanyuk. Rasulullah SAW sering meminta perlindungan dari Allah SWT dalam doanya yang bererti:

“Dan aku berlindung kepada-Mu dari disampaikan kepada umur nyanyuk.’’
Bahawa setiap wanita yang telah putus haidnya akan dikurniakan Allah cahaya ketenangan dan lebih khusyuk beribadah disebabkan nafsu cintanya telah menurun.

Daripada Mariatul...

Tuesday, July 28, 2009

ZIKIR DAN DOA

Menurut riwayat Abu Daud dan An Nasai, Nabi SAW bersabda kepada Muaz ujarnya: “Ya Muaz, janganlah kiranya engkau tinggalkan membaca doa ini di tiap-tiap kali selesainya sembahyang, iaitu:

Allahumma a’ainni a’ala zikri ka washukrika wa husnu ibadatik..

“Ertinya:
“Ya Tuhanku, tolonglah aku untuk menyebut-Mu, mensyukuri-Mu dan membaguskan ibadah kepada-Mu.’’

Kenapa agaknya Rasulullah menyebut lafaz zikir ini kepada Muaz? Untuk apa zikir ini menjadi utama sehingga Rasulullah begitu mengharapkan agar Sayidina Muaz mengutamakannya pada setiap kali selesai sembahyang dan kalau boleh jangan tinggalkan? Dan apa pula kesannya pada individu setelah ianya diutamakan? Mari kita sama-sama mengkajinya.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Muaz memberitahu tentang zikir ini dan menyuruh mengamalkannya, bererti saranan itu juga tertuju kepada kita umatnya diakhir zaman ini. Saiyidina Muaz merupakan sahabat terdekat dengan Rasulullah dan sangat banyak meriwayatkan Hadis. Beliau seorang yang sentiasa bersedia menerima ilmu dan mengamalkan ilmu yang diterimanya. Hingga terkenal dalam sejarah sahabat yang banyak menangis bila menyebut akhirat dan seksa Neraka.

Untuk saiyidina Muaz yang kuat ibadat dan kuat berjuang itu, Rasulullah bekalkan doa ini sebagai senjata sekaligus sebagai ubat padanya. Doa tersebut memberi panduan untuk merendah diri kepada Allah, supaya menjadi orang yang suka menyebut, mensyukuri dan beribadah kepada Allah. Kita juga patut mengikutinya untuk menjadi hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNya.

Di antara fadhilat dan keutamaan mengamalkan dan memperbanyakkan zikir ini ialah:

1. Menanam rasa kehambaan.

Pada saat-saat kita selesai mengerjakan ibadah, apa saja untuk bentuk ibadah yang kita buat ( sembahyang, puasa, zikir dan lain-lain), mestilah dirasakan dihati bahawa apa yang kita buat itu adalah gerakan dari Allah, bukan kuasa kita. Zikir yang diajar oleh Rasulullah itu sebagai bukti kita merendah diri kepada Allah.

Kita merasakan bahawa dengan izin Allah kita dapat menyebut Allah, dapat mensyukuriNya dan menyempurnakan ibadah dengan baik. Hati akan memuja dan memuji Allah dengan berkata:

“Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau engkau tidak memberi hal itu semua padaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah ini tidak punya apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepada dan gerakan-gerakan lebih besar daripada itu. Terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk menggerakkan hati untuk semata-mata mengingatiMu. Jadi untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripada-Mu. Engkau yang menggerakkan urat sendi, engkau menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepada-Mu.’’

2. Meningkatkan rasa syukur

Jika benar-benar dihayati zikir ini, diri dan hatinya dilatih untuk bersyukur dan memuja dan memuji Allah.
“Aku bersyukur kepadaMu di atas nikmat-nikmat yang banyak terutama dalam beribadah kepada-Mu, bukan untuk sembahyang saja, aku bersyukur kepadaMu tapi syukur untuk segala-gala yang Engkau kurniakan kepadaku. Di waktu-waktu lepas sembahyang selalunya engkau begitu hampir dengan hamba-Mu dapat berdialog dengan-Mu, lantas di waktu inilah aku banyak meminta kepada-Mu dan mensyukuri-Mu.

3. Allah akan sempurnakan ibadah sembahyang kita.

Ertinya, setelah kita beribadah, kita menyerahkannya kepada Allah.
Dengan rahmat kasih sayang Allah, Allah cantikkan dan sempurnakan ibadah kita. Kita serahkan diri kepada Allah dan mengharapkan agar Allah menerima ibadah kita sebagai ibadah yang sempurna. Hati berkata: “selepas aku serahkan diri kepada-Mu dengan ibadah (persembahan) yang tidak seberapa ini, aku harapkan Engkau saja yang dapat mencantikkan atau memperbaiki seluruh ibadahku.’’

Jadi kembali kita kenapa agaknya Rasul menyuruh Sayidina Muaz melafazkan zikir itu? Ya, kerana terlalu besarnya pengertian dan kelebihan zikir itu. Dalam zikir tersebut sekaligus ada doa supaya sentiasa mengingati Allah, syukur kepada-Nya dan dapat menyempurnakan ibadah dengan baik serta memiliki akhlak yang mulia. Ketiga-tiga perkara inilah sebenarnya yang dituntut keapda orang yang mahu mencari keredhaan Allah. Untuk mencapai taraf orang bertakwa mesti ada ketiga-tiga sifat yang disebutkan dalam zikir itu.

Kekuatan perasaan manusia untuk dapat menghayati segala sesuatu tidak sama, jadi Rasulullah ajarkan zikir supaya semuanya mendapat keutamaan dan keberkatan daripada zikir ini. Melazimkan diri dengan zikir ini ertinya kita sentiasa merasa lemah dan serba kekurangan, jadi tidak sempatlah kita hendak berbangga dengan apa yang ada dan ibadah yang dilakukan.

Kita perlu meminta kepada Allah supaya menjadi orang yang banyak bersyukur kerana terlalu susahnya untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Hingga Allah menyatakan dalam AlQuran terlalu sedikit hamba-Ku yang bersyukur. Jadi wajar sangatlah kita berdoa dan berharap kepada Allah supaya menjadikan kita orang yang banyak bersyukur.

Itulah sebab Rasulullah SAW menyuruh Sayidina Muaz membaca kalimah ini. Terlalu besar pengertiannya dan kelebihannya.

Jadi untuk mendapatkan keistimewaan itu kita juga patut mengamalkannya dengan istiqamah (berterusan). Supaya kita akan menjadi orang yang banyak mengingati dan menyebut Allah. Seterusnya menjadi orang yang banyak bersyukur dan memuji Allah. Kemudian menjadi orang yang sungguh-sungguh menyempurnakan dan memperbaiki ibadah dari masa ke semasa. Seterusnya kita menjadi orang yang suka mengikut sunnah dan amalan para sahabat.

Oleh Tengku Noriah Tengku Abdullah.
(Petikan dari Laman Majalah)

Monday, July 27, 2009

Jangan Rendah Diri Dengan Status Perawan Tua.

Status perawan tua amat ditakuti oleh sesetengah gadis hari ini. Tambahan pula sekiranya mereka yang tidak bekerjaya atau mempunyai pendapatan sendiri. Bagi gadis yang berkerjaya atau memiliki apa jua sumber pendapatan, status demikian sedikit sebanyak boleh mengelakkan diri mereka dari mendapat tekanan emosi atau stress. Dengan stress yang berlebihan mereka boleh mendapat penyakit kemurungan ekoran dari terlalu memikirkan status tersebut.

Ada setengahnya akan mereka terlalu rendah diri atau hina diri.
Rasa rendah diri sepatutnya tidak ada. Status perawan tua bukanlah sesuatu yang patut dimalukan. Ini adalah takdir yang baik dan suci. Tidak ada aib atau hina menjadi perawan tua. Allah mahu menguji keyakinan dan kecintaan padaNya. Orang yang cukup dengan Allah, suami hanya alat, bukan tujuan hidup. Alat yang bisa ada bisa tidak. Mencari keredhaan Allah bukan mesti dengan adanya suami. Betapa banyak wanita yang menjadi lalai dan rosak imannya setelah berkawin, akibat daripada mendapat suami yang tidak dapat membimbing mereka kejalan yan diredhaiNya. Banyak wanita yang berjilbab sebelum berkahwin kemudian membuka jilbab setelah berkahwin atas perintah suami sendiri dengan alasan tidak sosial katanya.

Adakalanya kita begitu terseksa dengan status perawan tua. Kenapa jadi begitu? Sebenarnya yang terseksa itu bukan hati, jiwa atau akal, tetapi nafsu kita. Waktu itu nafsulah yang menguasai diri.

Dalam hal ini, kita perlu memiliki hati yang kuat dan tabah untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah yang tidak diingini. Perlu bijak dalam mengawal diri dan menangani setiap masalah yang mendatang dengan memiliki senjata yang canggih dalam mengawal hati. Apakah senjata canggih hati?
1- cinta Allah dan Rasul
2- Rindu Syurga
3- Takut neraka
4- Ilmu yang bersumber pada wahyu (AlQuran dan Sunah)
5- Pengalaman yang disuluh dengan syariat.

Kalau lima perkara kita miliki hati dan akal kita akan penuh dengan kekuatan. Hati tidak kosong lagi dan tidak mudah ditunggang oleh nafsu.

Bagi orang yang bertaqwa, hidup sama sekali tidak ada masalah kerana semua masalahnya sudah diselesaikan oleh Allah SWT.
a) Barang siapa menyelesaikan urusannya dengan Allah maka Allah akan menyelesaikan urusannya dengan manusia.
b) Allah adalah pembela orang yang bertaqwa.
c) Barang siapa bertakwa maka Allah akan lepaskan dari kesulitan hidup dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.

Kalau kita ingin keluar dari himpitan derita itu, maka bertakwalah kepada Allah. Pada malam hati kita menangis, mengadu, merintih dan bermesra dengan Allah. Di siang hati kita bergaul dengan masyarakat, mengajak mereka kembali kepada Allah dan Rasul.
Gambaran orang yang bertaqwa:-
Menjadi pendita (ahli ibadah) di malam hari dan menjadi singa (pejuang) di siang hari.

Untuk mendapat keredhaan Allah juga kita hendaklah selalu mengingati mati berarti mengingati nasib kita di akhirat nanti. Oleh itu kita akan membuat persiapan sebaik-baiknya agar kita bernasib baik di akhirat. Itulah hamba Allah yang mendapat keuntungan yang sebenar-benarnya…(bukannya kata sesetengah orang bila berkawin dan bersuami dikatakan beruntung).

(Salinan dari keratan Majalah)

Friday, July 24, 2009

Berdoa Mengharapkan cinta dan kenal Allah

Sesiapa yang telah menjadikan tujuan hidupnya ialah untuk
mencari redha Allah ertinya dia berada dalam keselamatan.
Apalagi kalau orang itu berjaya mendapat cinta dan kenal
pada Allah, kerana orang yang kenal dan cinta pada Allah
akan dapat kemuliaan di dunia dan akhirat. kita boleh
berusaha untuk mendapatkannya dengan mengamalkan
doa ini :

Ilahi anta maksudi wa ridha ka matlubi
A'thini mahabbata wa maghfiratuka

Ertinya:
"Tuhanku, akan Engkaulah matlamat kami, keredhaan
Engkau yang
kami tuntut dan kurniakanlah kami supaya
mencintai Engkau dan
mengenali Engkau.''

Kita dijadikan Allah dan Allah jugalah matlamat kita.setiap
apa yang kita lakukan adlah mengharapkan keredhaan Allah,
Allah jadikan kita untuk beribadah kepadanya, mengenalNya
dan mencintaiNya, seterusnya membela agamaNya.

Eloklah kita baca doa ini setiap kali kita hendak memulakan
ibadah,supaya ibadah kita ikhlas semata-mata kerana Allah.

Elok juga dibaca setiap selesai ibadah supaya kita serahkan
setiap apa yang kita lakukan kepada Allah, jadi tidak lah
timbul ujub, riak dan bangga diri.

Samada sedar atau tidak sebenarnya kita selalu berikrar
kepada Allah,sekurang-kurangnya lima kali sehari, dalam
sembahyang kita.
Kita berjanji, " Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,
hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan seru sekelian alam."

Tetapi sejauh mana pengakuan dan perjanjian kita telah dibuktikan
dan ditunaikan?.

Doa ini merupakan amalan orang-orang sufi dan wali-wali
Allah iaitu dari Rasulullah S.A.W. Doa ini dapat mendidik
seseorang supaya rendah diri kepada Allah. Melatih menghina
diri kepada Allah dan bersungguh-sungguh mencari dan
mengharapkan keredhaan Allah dan cinta Allah.

Doa ini membantu mengukuhkan keyakinan dan memimpin
hati agar tertumpu kepada Allah. Mendorong kita bersungguh
-sungguh beribadah kerana Allah, bersungguh merasakan
kebesaran Allah, secara tidak langsung ia menjadi orang yang
taatkan Allah, takut dan malu kepada Allah.

(Petikan dari majalah lama kat umah Umi..)

Thursday, July 23, 2009

Sedekah

Sabda Rasulullah :
Senyumanmu untuk saudaramu adalah sedekah, dan
amar makrufmu serta nahi mungkarmu juga sedekah,
dan engkau menunjukkan arah yang betul kepada
sesiapa yang tersesat merupakan sedekah, dan
( apabila engkau suka ) menyingkirkan batu atau duri
atau tulang-tulang yang menganggu di jalan juga merupakan
sedekah bagi mu.
HR Bukhari.

Wednesday, July 22, 2009

Doa IBU BAPA


YA ALLAH YANG MAHA ESA
AMPUNILAH DOSA IBUBAPA HAMBA
MEREKA TELAH BERJASA
MEMELIHARA DAN MENDIDIK HAMBA


YA ALLAH YANG MAHA SUCI
AMPUNILAH DOSA IBUBAPA KAMI
MEREKA TELAH BERBAKTI
MENJADIKAN ANAKNYA MUSLIM SEJAT
I


YA ALLAH YANG MAHA AGUNG
KEPADA MU KAMI MEMINTA DAN BERLINDUNG
MASUKKANLAH IBUBAPA KAMI KE TAMAN SYURGA
PELIHARALAH MEREKA DARI AZAB KUBUR DAN NURAKA


YA ALLAH YANG MAHA KUASA
KEPADA MU KAMI KEMBALI
PERTEMUKAN HAMBA DENGAN IBUBAPA HAMBA
DI TAMAN SYURGA JANNATUNNAIM.

Apa yang perlu anda tahu tentang EMAS



APA ITU KARAT ( K ) ?


KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN
24

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000


Contoh Pengiraan : Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand )

adalah bersamaan 18K (karat)

750 X 24 = 18K
1000


Panggilan lain bagi Emas


Emas Se Amas = 2.551 gm

Emas Se Rial =2.70 gm

Emas Se Kupang = 0.64 gm
( Kupang Terengganu )

Emas 2 Kupang = 1.28 gm

Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm

Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

Emas 1 Mayam = 3.37 gm


TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam
aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).Ia mengambarkan
tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam
pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak
atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai
“ assaying “ adalah penentuan kandungan logam berharga
sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah
dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam
perniagaan barang-barang logam berharga.

Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-
pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-
standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.

Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian
ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang
telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang
dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada
logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan
yang telah ditetapkan.

Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan

Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga
angka seperti 950, 916 ataupun 870.

Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.

Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan

Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda
dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan
SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.

Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.

Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat
dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K )
tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan
1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen
dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum
perkatan disadur ( PLATED ) perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya
sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada
barangan tersebut.

Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada
mana-mana bahagian barang-barang yang disadur.
Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan
disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN


Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu
kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PNGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan,
pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,
Bhan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,
perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.



Hina Besi kerana karat Mulia Emas kerana kilat

Tuesday, July 21, 2009

Pemakaian GELANG MAGNET


Pemakaian Gelang Bermagnet Jika Penuhi Empat Syarat – Jabatan Mufti Negeri Perak

Pemakaian gelang bermagnet yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan menjadi satu trend kini adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, kata Ketua Penolong Mufti Negeri Perak, Ustaz Zamri Hashim.

Syarat-syaratnya:-

1) Pemakai gelang bermagnet itu tidak beri’tiqad (kepercayaan atau keyakinan di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah S.W.T.

2) Tidak berniat memakai gelang berkenaan kerana menyerupai wanita dan bukan bertujuan untuk bermegah-megah kerana semakin lahir kebelakangan ini trend menghiasai gelang-gelang berkenaan dengan aksesori-aksesori seperti perhiasan wanita.
· “Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas,” katanya.

3) Gelang bermagnet itu mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa.
· “Bukti itu mestilah datang daripada para doktor atau ahli sains yang amanah lagi thiqah (boleh dipercayai). Tidak memadai hanya dengan penerangan jurujual sahaja,” katanya.

4) Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai maka adalah lebih baik pemakai gelang bermagnet itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan pemakaian gelang berkenaan.

Beliau mengakui bahawa terdapat dua pandangan berkenaan isu pemakaian gelang bermagnet iaitu pandangan pertama menyatakan ia haram dipakai kerana menyerupai perempuan manakala pandangan kedua mengatakan ia harus dipakai kerana bertujuan berubat dengan masing-masing mengemukakan dalil mereka.

“Oleh kerana perkara ini telah menimbulkan perselisihan pandangan antara para ilmuan, maka kaedah yang dicadangkan oleh Imam As-Sayuti iaitu keluar dari khilaf (keliru) adalah digalakkan,” katanya.

Beliau berkata kertas kerja ringkas itu sekadar membawakan penghujahan kedua-dua pihak dan cuba membuat kesimpulan sekadar yang mampu supaya masyarakat mendapat gambaran terhadap perbincangan yang berlaku.

“Perbincangan ringkas ini masih boleh diberi pandangan oleh para pembaca dengan membawa dalil-dalil dan hujah-hujah tetapi janganlah sampai memanjang-manjangkannya sehingga terlupa kepada isu yang lebih penting,” katanya. – Bernama

HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan serta penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya malahan tidak tahu mengenai hukum akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah SWT. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulallah SAW:Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasulallah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan”. Rasulallah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.”Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan semua umat Islam. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia, trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dll.

Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki Islam :-1) Gelang Kayu koka.2) Gelang Kristal.3) Gelang Tasbih.4) Gelang Getah plastik.5) Gelang Besi magnet.6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia).

Jenis-jenis gelang yang diharuskan :-1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad).2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis).3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan

Hadith yang sebelum ini, diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain bermaksud, (maksudnya lebih kurang):
“Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.
Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman Islam Today berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw.

Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.

Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan Insyaallah.

Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.
Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:
· Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
· Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti madu, habbah al-sauda dan seumpamanya.
· Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya.

Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah
(خرز الواهنة)
Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.

Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah.

Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.
Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)

Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu

Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.

Kesimpulan dari soalan-soalan pembaca:

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.

Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang iaitu menyerupai wanita dan pembaziran dalam penggunaannya. Namun, dari hadith Rasulullah telah wujud pengaruh tentang gelang ubat atau tangkal pada masa kini. Wallahualam.

Petikan dari Laman MUFTI PERAK.

Pesan Ayah


Pesanan Ayah pada anak perempuan yang bakal berkahwin

1.Jaga diri mu baik-baik.Jangan sampai berbohong dengan suami
Kerana dengan berbohong, suami mu meragui kejujuranmu dan
Berperasangka buruk terhadap dirimu.Ingatlah dua hal ini
Merupakan racun rumahtangga.

2.Jagalah dirimu baik-baik.Jangan sampai terlampau mengikut perasaan,
Kerana hal itu membuat rumahtangga serupa seperti neraka.

3.Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam
Berdandan dan menghias diri.

4.Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu,
Walaupun memuji dengan niat yang baik.

5.Jagalah dirimu baik-baik.Jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu
Dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.

6.Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu.
Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu
bahagia.Sebaliknya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat
membuatmu malang.Oleh itu, hati-hatilah janganlah sampai terjadi
kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama
boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

7.Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang
Bersifat olok-olok dan ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna.
Jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.

8.Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan
Yang dapat merosakkan kesegaranwajahmu dan kemanisan air mukamu.

9.Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.

10.Aturlah baik-baik urusan rumahtangga dan jangan sampai ada orangLain yang mengetahui rahsiamu.

10 Hadiah

10 HADIAH ALLAH DI DUNIA UNTUK ORANG YANG BERTAQWA.

Kehidupan orang-orang bertaqwa sangat indah dan penoh keberuntungan.
Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’ , sebagaimana
digambarkanNya di dalam Al-Quran :

1.SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK

“ Mereka Itulah ( orang yang bertaqwa )yang tetap mendapat petunjuk
dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung “ [*].

[*] ialah orang-orang yang mendapat apa-apa yang dimohonkannya
kepada Allah sesudah mengusahakannya.
Al-Baqarah ayat 5

2.DIBERI PENYELESAIAN DARI MASAALAH

“… barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan
baginya jalan keluar.”
Al-Thalaaq ayat 2

3.DIPERMUDAH SEGALA URUSAN

.”. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan
baginya kemudahan dalam urusannya “
Al-Thalaaq ayat 4

4.MENDAPAT REZEKI DARI SUMBER TIDAK DIDUGA.

“ Dan memberinya ( orang bertaqwa ) rezki dari arah yang tiada
disangka-sangkanya.. “
Al-Thalaaq ayat 3.

5.DIKASIHI ALLAH ( dengan itu , turut dikasihi Malaikat dan Manusia )

“ Maka Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.”
Ali Imran ayat 76

6.MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT DAN BUMI

“Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa,
nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi..”
Al-A’raf ayat 96

7.MENDAPAT KESELAMATAN , PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN
DARI ALLAH

“ Dan kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah
orang-orang yang bertakwa.”
Al-Fussilat ayat 18

“ bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang
yang bertakwa ”
Al-Baqarah ayat 194

8.MENDAPAT KEMENANGAN

“ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan “
An-Nabaa’ ayat 31

9.TERPELIHARA DARI TIPU DAYA MUSUH

“ jika kamu bersabar dan bertaqwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun
tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu “
Ali Imran ayat 120.

10.DIBERIKAN “FURQAN”
( Petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah )

“ Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah,
kami akan memberikan kepadamu Furqaan. “
Al-Anfal ayat 29

Sunday, July 19, 2009

Ke rumah ina

Hari nie 19hb jul 09 umi g rumah ina dengan syam, bunga cinta dia..uda kiki dan anak anak.. 

Thursday, July 9, 2009

Hadiah Persahabatan...


Inilah blog pertama ku. Dihadiahkan oleh seorang sahabat...umpama sebuah diary...